Polisi Privasi
Kemas kini terakhir: 2026-10-16
Polisi ini menerangkan bagaimana ThreadAuto (“kami”) mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat apabila anda menggunakan ThreadAuto di threadauto.my.
Maklumat yang kami kumpul
- Maklumat akaun ThreadAuto: nama, e-mel dan kata laluan (disimpan dalam bentuk hash).
- Maklumat akaun Threads yang anda sambungkan melalui log masuk rasmi Threads: ID pengguna Threads, nama pengguna, nama, gambar profil dan token akses.
- Kandungan yang anda karang: teks post, gambar dan video yang anda muat naik, serta jadual terbitan.
- Rekod teknikal asas seperti log ralat untuk menyelenggara perkhidmatan.
Cara kami menggunakan maklumat
- Untuk menerbitkan dan menjadualkan post ke akaun Threads yang anda pilih, atas arahan anda.
- Untuk memaparkan status post dan penggunaan kuota dalam dashboard anda.
- Untuk keselamatan, sokongan dan penambahbaikan perkhidmatan.
Kami tidak menjual data anda, tidak menggunakan data Threads untuk pengiklanan, dan tidak berkongsi data anda dengan pihak ketiga kecuali penyedia infrastruktur yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan atau jika dikehendaki undang-undang.
Penyimpanan dan keselamatan
Token akses Threads disulitkan (AES-256) sebelum disimpan. Kata laluan Threads anda tidak pernah dilihat atau disimpan oleh kami. Gambar dan video yang dimuat naik disimpan di pelayan kami supaya Threads boleh mengambilnya semasa penerbitan.
Hak anda dan pemadaman data
- Anda boleh memutuskan sambungan akaun Threads pada bila-bila masa di halaman Akaun Threads; token dan data akaun itu akan dipadam.
- Anda juga boleh membuang ThreadAuto daripada tetapan Threads atau Instagram anda (Apl dan laman web). Kami akan menerima pemberitahuan daripada Meta dan memadam data berkaitan secara automatik.
- Untuk memadam akaun ThreadAuto sepenuhnya, hubungi kami di prospectlead.ai@gmail.com.
Hubungi kami
Soalan tentang privasi: prospectlead.ai@gmail.com